aku lihat sepasang kekasih lepak di kedai mamak malam tadi, tetapi masing-masing cuma diam…yang bergerak cuma jejari mereka yang sedang membalas SMS di handphone masing-masing

aku lihat seorang lelaki, melayan MIRC dan tagged di siber kafe, kemudian tersengih-sengih di depan monitor…diam juga, yang bergerak cuma jejarinya yang sibuk mengetuk keyboard

aku lihat seorang gadis, menatap wajah kekasihnya di Facebook…diam juga, yang bergerak cuma jejarinya di papan kekunci, entah dia sedang bersedih atau sedang berduka

akhir sekali aku melihat diri sendiri, sampai ke Subuh dok menaip, diam juga…yang bergerak cuma jejari..sama seperti kekasih, lelaki dan gadis tadi

 mungkinkah manusia semakin gila sekarang ini, kerana mulut telah diganti dengan jari!

angin itu sudah cukup untuk menjelaskan

kenapa darah dan luka itu masih ada.

melihat rindu saja tidak cukup

mendengar rindu saja tidak cukup

menyata rindu saja tidak cukup

menghidu rindu saja tidak cukup

merasa rindu saja tidak cukup

 

kerana rindu tidak pernah cukup

untuk menjelaskan, segalanya

semalam ada seorang lelaki buta dipimpin kawannya yang celik

datang ke meja aku dan pamanku meminta sedekah

kerana tak mahu diganggu kami terus memberikannya wang

aku lega kerana mereka kemudian menghilang

 

namun sebaik saja aku berpaling

ternampak kereta ku disaman

kerana parking di petak larangan

 

lantas pamanku bersuara,

” rupanya menderma saja belum tentu buat kita bahagia!”

lepaskan puntung rokokmu di awal azan subuh

biar abunya terpisah dari bara yang menyala

lepaskan resahmu dihujung gobok bisu

biar dimamah memori malam tanpa purnama

 

lepaskan nafsumu di dalam karpet gebu-gebumu

biar terhenti nafas yang tercungap

lepaskan bimbang pada air yang berlalu

andai benci itu bisa kau rentap

 

blues Ramadanku bernyanyi

hanya terhenti disapa Maghrib!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.